Monday, August 22, 2011

Allah lebih menyayangi nya....

Salam Ramadhan...

Dlm seronok2 nak raya, dlm seronok men'shoping' raya, sometimes kita terlupa pd 1 benda yg pasti...MATI itu pasti..

So last week, on Friday...masa aku tgh meeting kat opis, aku dpt sms from my sister...
'Kak, Farid anak pakteh eksiden meninggal '

What? Farid? terus aku terbayang muka dia yg sgt2 happy during his wedding last 2 months..OMG, terus aku nampak wajah2 isteri dia, makteh, pakteh...Ya Allah, Ya Allah...time tuh aku terus sebak, tp sbb dlm meeting...so kena control...

He just married 2 months ago...and his wife currently at Sarawak, yelah...posting kat sana...

Terkedu aku...dan terus terbayang mcmana la perasaan isteri dia, yg ekceli baru je bergelar isteri..and duduk berjauhan, pastu mesti sgt excited nak smbut raya 1st time with her hubby...OMG, aku yg rasa sgt2 EMOSI time tuh...Ya Allah, beratnya dugaan Mu...tapi Allah lebih mengetahui,

Utk isteri arwah Farid (aku x ingat nama pe...), byk2 la bersabar...tabahkan hatimu, redha kan permergian nya..walau ku tahu berat, tapi itu semua ketentuan Allah...

Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul...

Arwah dan isteri...sama cantik, sama muda...tapi MATI tak kenal usia.




Penunggang motosikal maut digilis lori


2011/08/19

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang maut selepas terjatuh daripada motosikalnya dan digilis sebuah lori di kilometer 139.7 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Juru, di sini hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Superintenden S. Manogaran, berkata Mohd Farid Sulaiman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari Bagan Ajam ke tempat kerja di Perai. Motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain menyebabkan mangsa terjatuh.
"Sebuah lori yang kebetulan berada di laluan sama tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya, di sini.

Mayat Mohd Farid dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Beliau juga berkata, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih lima kilometer. - BERNAMA




Alfatihah utk Arwah Mohd Farid Sulaiman.

1 comments:

amelia shafer said...

Salam takziah...Alfatihah untuk arwah Mohd. Farid...:((

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...